Header Ads Widget

LightBlog

Info: Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)

MAKLUMAT TABUNG:
Nama Tabung: SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)
Jenis: Pendapatan

Kategori: Ekuiti

Tarikh Pelancaran: 2 Januari 1990


Objektif:
Untuk menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif dan konsisten kepada pemegang-pemegang unit di samping memastikan pengekalan modal pada tahap toleransi risiko yang minimum.

Pelabur Sasaran:
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta menjangkakan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka.

Kelayakan: Bumiputera Malaysia.
Akaun Dewasa: (18 tahun ke atas)
Akaun Remaja: (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah).
Pengurus Pelaburan: Permodalan Nasional Berhad

MAKLUMAT URUSNIAGA
Harga Seunit: RM 1.00

Bentuk Pelaburan:
- Buku Pelaburan
- Sijil

Pelaburan Permulaan Minimum:
- Buku Pelaburan - 10 unit

Pelaburan Tambahan Minimum:
- Buku Pelaburan - 1 unit
- Sijil - Gandaan 1,000 unit

Pelaburan Maksimum:
- Akaun Dewasa - 200,000 unit
- Akaun Remaja* - 50,000 unit

* Remaja tidak dibenarkan untuk menjual semula unit melainkan Remaja berkenaan telah mencapai umur dua belas (12) tahun dan permohonan untuk menjual semula unit tidak boleh melebihi dua ratus (200) unit Akaun Remaja dalam mana-mana tempoh satu (1) minggu. Unit Akaun Remaja akan ditukarkan secara automatik ke Akaun Dewasa setelah Remaja berkenaan mencapai Umur Majoriti.

Saiz Tabung: Tiada had.
Caj Jualan: Tiada
Caj Jualan Balik: Tiada
Pembayaran Jualan Balik: Serta-merta
Tempoh Bertenang: Tiada
Tahun Kewangan Berakhir: 31 Disember

Penutupan Akaun dan Kelayakan bagi Pengagihan Pendapatan:
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk.

Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Post a Comment

0 Comments