Header Ads Widget

LightBlog

Kisah sepasang suami isteri Hartawan dan Jutawan


Ramai di antara kita sekarang sukar untuk membeli rumah. Ini disebabkan harga rumah yang melambung tinggi serta kesukaran untuk mengumpul deposit 10% untuk membeli rumah. Malah ramai yang sanggup memohon Personal Loan untuk membayar deposit rumah tanpa menyedari perkara itu akan lebih membebankan lagi kewangan mereka.

Pengalaman ini telah dikongsikan oleh sepasang suami isteri yang telah menggunakan sepenuhnya kemudahan Pembiayaan ASB ini untuk bergelar Jutawan. Mereka ini adalah antara 'Jutawan Senyap' yang saya temui.

Pasangan suami isteri ini hanya bekerja biasa tetapi mereka mempunyai pengurusan kewangan yang amat baik. Suami hanya mempunyai pendapatan RM2,000 sebulan. Begitu juga isteri, RM2,000 sebulan. Jumlah pendapatan isi rumah = RM4,000.

Mereka telah memutuskan untuk menyimpan 30% daripada gaji mereka,
RM600+RM600= RM1,200. Suami memohon ASB Loan RM100,000 dengan komitmen bulanan RM600. Begitu juga isterinya. Jumlah keseluruhan Sijil ASB mereka adalah RM200,000. 
Setiap tahun ASB loan mereka menjana dividen RM16,000. 

Dengan duit ini mereka gunakan sebagai deposit membeli rumah apartment bernilai lebih kurang RM100,000. Yang menariknya mereka tidak membayar sesen pun ansuran bulanan RM500 kepada bank kerana mereka telah menyewakan rumah tersebut dengan sewa RM700 setiap satu setiap bulan.

Setiap tahun, setiap kali mendapat dividen RM16,000 mereka akan menambah aset rumah sewa mereka, dan kini setelah genap 6 tahun mereka telah memiliki 6 buah rumah sewa bernilai RM100,000 setiap satu. Setiap rumah mereka akan 'mark-up' RM200 daripada harga ansuran bank dan kini setelah 6 tahun mereka tidak perlu membayar ASB Loan setiap bulan kerana 6 buah rumah sewa menjana RM1,200 bersamaan ansuran bulanan ASB Loan mereka. Duit ini mereka gunakan untuk membayar bulanan ASB Loan.

Sekiranya nilai setiap rumah berharga RM100,000 meningkat 6.5% setiap tahun maka pada tahun ke 25 mereka telah berjaya memiliki aset bernilai RM2.88 juta (RM480,000 X 6 buah rumah).Yang menariknya pada tahun ke 25 nanti, bila rumah mereka habis bayar, mereka akan mendapat cash/tunai RM200,000 daripada pokok Sijil Pinjaman ASB mereka.

Sekiranya berlaku musibah kematian atau hilang upaya terhadap mereka, anak-anak mereka telah terjamin kerana wang RM200,000 akan menjadi hak mutlak mereka tanpa perlu melunaskan baki pinjaman.


Bayangkan baru 6 tahun mereka telah mampu memiliki 6 buah rumah. Kalau 10 tahun atau 20 tahun dah berapa banyak aset yang mereka perolehi?

Ramai yang beranggapan bahawa itu adalah rezeki mereka. Namun sebenarnya ianya adalah bekenaan pengurusan kewangan yang betul. Setiap orang mampu lakukan. Tak perlu mengeluh sangat dengan kenaikan harga barang, minyak, kereta, rumah dan sebagainya dan memberi alasan untuk tidak menyimpan kerana pepatah ada menyatakan. Terdapat hanya 2 cara untuk menjadi kaya:
1. Berniaga-belum tentu untung dan memerlukan modal, pengalaman, dan risiko yang tinggi.
2. Menyimpan-sangat rendah risiko, namun anda perlu menyimpan secara konsisten dan berdisiplin dengan kaedah yang betul. "Melaburlah secara Bijak".

Ramai yang merasa boleh menyimpan sendiri namun terlalu ramai yang gagal dan akhirnya impian hanya tinggal angan-angan kerana menyimpan sendiri memerlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi.

Dengan pendapatan isi rumah RM4,000 belum tentu anda boleh menyimpan RM1,200 sekiranya tiada unsur paksaan dalam menyimpan.

Jadi buatlah pilihan yang bijak dengan melabur melalui ASB Loan. Segera rebut peluang ini dengan menghubungi saya di talian 
010-7798051.

Ingatlah "Allah tidak akan mengubah nasib anda sekiranya anda sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya"

Post a Comment

1 Comments

Anonymous said…
Seorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.