Header Ads Widget

LightBlog

Cerita Pelabur Bijak

Cerita ini hanya untuk perkongsian...


Cerita Amin (bukan nama sebenar): 
Amin tidak mampu untuk menyimpan walau RM200 setiap bulan. Walau bagaimanapun beliau telah menjual sebidang tanah di kampung dengan harga RM14,328. Jika beliau masukkan duit tersebut dalam ASB, dalam jangkamasa 25 tahun nanti beliau akan ada sebanyak RM98,125.00 (Andaian ASB bagi 8% setahun).

Pilihan kedua, sekiranya beliau membuat pinjaman ASB sebanyak RM200,000, beliau diberitahu oleh pegawai bank, beliau perlu bayar RM1,194 sebulan atau RM14,328 setahun bersamaan dengan duit jualan tanah beliau. Katanya lagi, tahun kedua nanti boleh gunakan duit dividen untuk bayar. Tak perlu keluar satu sen pun duit gaji. Dan masih ada lebihan dividen sikit-sikit. Bagus juga sebab Amin memang tak mampu pun nak menyimpan. Beliau risau takut kena bayar lebih. Katanya setakat 20 tahun kebelakangan ini, % dividen memang lebih tinggi dari % faedah yang kena bayar dan selalunya pinjaman ASB akan guna kaedah BLR-1.65%. Maknanya faedah jadi lebih rendah dari BLR. Jadi beliau tak rasa terbeban pun sebab tahun-tahun berikutnya nanti beliau boleh bayar pakai duit dividen aje. Katalah tiap tahun masih ada lebih lepas bayar hutang ASB lebih kurang RM1,500, beliau keluarkan semuanya, tak de la banyak tapi lepas la nak buat bayar road tax dan insurans kereta. Kalau beliau bersabar (bukan pakai duit gaji beliau pun sebenarnya), 25 tahun nanti beliau akan ada RM200,000 berbanding kalau beliau simpan je RM14,328 tadi terus dalam ASB.

Dengan kaedah Pembiayaan ASB beliau telah untung melebihi RM100,000 berbanding menyimpan ASB Biasa.

Moral of the story :  Melaburlah dengan bijak melalui Pembiayaan ASB. Sebelum memohon anda perlu pastikan jumlah yang paling sesuai serta tempoh bayar baliknya (paling penting) supaya anda dapat untung pada tiap2 tahun dan tak perlu tambah duit anda sendiri nanti dan pada akhirnya kalau umur panjang merasalah duit RM200,000 tu. Kalau umur tak panjang, katalah tahun depan anda meninggal dunia, at least keluarga anda dapat rasa RM200,000 tu tanpa perlu sambung bayar pun sebab pinjaman ASB dilindungi insurans.

Post a Comment

0 Comments