Bila bercakap mengenai loan, ramai yang mula gelisah dan ramai yang mengambil keputusan singkat dengan mengatakan mengambil loan ASB merugikan dan hanya akan menguntungkan bank. Maka pada entry kali ini saya akan menerangkan secara ringkas mengenai perbezaan keuntungan antara simpanan bank, simpanan ASB Biasa dan juga ASB Loan.

Kenapa perlu ASB loan? Kenapa pihak bank tak menyediakan loan untuk Unit Trust, Simpanan Tetap (Fixed Deposit), ASN, ASW, Tabung Haji dan macam-macam lagi jenis pelaburan yang ada di pasaran.

Baiklah. Ramai di antara kita yang menyimpan secara tetap kerana mempunyai impian. Impian membeli kereta, rumah, pendidikan anak-anak, tabung persaraan dan sebagainya. Namun yang amat menyedihkan, ramai yang hanya menyimpan di dalam akaun simpanan bank biasa. Tahukah anda bahawa kadar keuntungan dividen yang bank berikan untuk setahun hanyalah di antara 0.3%-1% sahaja. Sedangkan anda sendiri faham bahawa kadar inflasi pun dah melebihi 3% setiap tahun. Jadi, sebelum menyimpan anda harus pastikan sesuatu simpanan atau pelaburan haruslah memberi keuntungan dividen melebihi 3% setahun.

Ramai juga yang mengambil langkah menyimpan di dalam ASB Biasa. Bila disyorkan untuk mengambil pembiayaan (loan) ramai yang menolak dengan mengatakan menyimpan secara biasa dalam ASB lebih selamat dan tak perlu komitmen bulanan dengan bank.

Untuk lebih mudah memahami kenapa perlu memohon loan ASB maka di sini saya akan ringkaskan keuntungan simpanan melalui Bank, ASB Biasa, dan ASB Loan.

Contoh:
En. A
Gaji Bulanan: RM3,000
Anggaran simpanan/pelaburan: 10% daripada gaji=RM300

Perbezaan Keuntungan

Simpanan/Pelaburan
Keuntungan
1. Simpanan Bank
Andaian dividen = 0.3%
RM300 X 12 Bulan =RM3,600
Dividen = 3600 X 0.3% = RM10.80

RM3,610.80
2. ASB Biasa
Andaian dividen = 7.5%
RM300 X 12 Bulan =RM3,600
Dividen = 3600 X 7.5% = RM270 (pengiraan kasar)

RM3,870
3. ASB Loan
Andaian dividen = 7.5%

ASB Loan Affin RM55,000 @ 30 Tahun = RM300 sebulan
RM300 X 12 Bulan =RM3,600

Dividen =55,000 X 7.5% = RM4,125

Purata Prinsipal = 55,000/30 tahun = RM1,833
RM4,125+RM1,833
= RM5,958

Dividen ASB loan akan dimasukkan 100% ke dalam buku ASB anda setiap tahun. Ianya adalah milik anda 100%. Purata principal adalah purata pokok pinjaman yang anda akan dapat pada tempoh matang. Dalam kes ini, nilai RM55,000 akan diperolehi pada tahun ke 30, bersamaan RM1,833 setiap tahun.

Kesimpulan:
  1. Dengan modal simpanan RM300 setiap bulan anda memperolehi RM3,610 sekiranya menyimpan di bank biasa.
  2. Dengan modal simpanan RM300 setiap bulan anda memperolehi RM3,870 sekiranya menyimpan di ASB biasa.
  3. Dengan modal simpanan RM300 setiap bulan anda memperolehi RM5,958 sekiranya menyimpan melalui ASB loan.
  4. Perbezaan ASB Loan dengan Simpanan Bank Biasa = (RM5,958-RM3,610)= RM2,348.
  5. Perbezaan ASB Loan dengan Simpanan ASB Biasa = (RM5,958-RM3,870)= RM2,088.

Dengan itu maka dapat disimpulkan bahawa dengan melabur melalui pembiayaan ASB/ASB Loan anda dapat memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan anda.

Antara kelebihan ASB Loan adalah:
  1. Salah satu kaedah bagi membantu Bumiputera menggandakan wang dengan maksimum.
  2. Membantu memudahkan simpanan wang secara tetap melalui potongan autodebit setiap bulan.
  3. Menggalakkan bumiputera menyimpan secara tetap.
  4. Menyediakan kemudahan perlindungan pelaburan (insuran pelaburan ASRTA)
  5. Memastikan matlamat untuk mengumpul wang dengan lebih berkesan. Contohnya ingin mengumpul wang untuk deposit kereta, deposit rumah, berkahwin, membeli hartanah dan sebagainya.

Syarat kelayakan memohon:
  1. Individu Bumiputera.
  2. Berumur 18 tahun sehingga 65 tahun.
  3. Mempunyai bukti pendapatan.

Ciri-ciri pembiayaan loan ASB Affin Bank:
  1. Minimum pinjaman RM10,000 sehingga RM200,000
  2. Minimum tempoh pinjaman 5 tahun. Maksimum 30 tahun.
  3. Insuran pelaburan (ASRTA) adalah pilihan.

Untuk memohon pembiayaan ASB Affin Bank sila Call/SMS/Whatsapp saya:
Rashdan
H/P: 010-7798051.

www.smartwealth2u.com