Header Ads Widget

LightBlog

Pilihan Simpanan dan Pelaburan

   Kebanyakan penasihat kewangan menyatakan tidak kira berapa pun gaji anda, anda perlu menyimpan untuk masa depan dan persaraan, simpanan kecemasan, simpanan pendidikan anak, simpanan untuk membeli aset atau apa sahaja matlamat kewangan anda. Kebanyakan mencadangkan agar menyimpan 10%-20% daripada pendapatan, 10% untuk insuran/takaful dan selebihnya, 70% untuk perbelanjaan. Sebagai contoh, sekiranya pendapatan anda RM1,500, anda perlu menyimpan RM150-RM300 sebagai simpanan tetap. Begitu juga sekiranya pendapatan anda RM3,000 anda perlu peruntukkan RM300-RM600 untuk simpanan tetap.

  Namun masih ramai yang hanya menyimpan di bank tanpa mengambil kira kadar pulangan serta kadar inflasi. Di sini saya akan kongsikan beberapa pilihan pelaburan kepada anda. Seterusnya anda nilaikan sendiri pilihan yang terbaik untuk memaksimumkan pulangan wang anda.

  Sebagai contoh, pendapatan anda RM3,000 dan anda ingin menyimpan 20% daripada pendapatan tersebut = RM600. Beberapa pilihan simpanan dan pelaburan adalah seperti di bawah...



Nota: Pengiraan di atas adalah berdasarkan pengiraan 'Financial Calculator' dengan kaedah simpanan bulanan dan kaedah pengiraan dividen secara 'Baki Terendah Bulanan'.

  Bagi simpanan secara bulanan, dividen akan dikira berdasarkan baki terendah simpanan anda setiap bulan. Sebagai contoh, anda simpan RM600 di ASB biasa setiap bulan selama 12 bulan daripada bulan 1 sehingga bulan 12, maka pada bulan 1 tahun seterusnya anda akan menerima dividen sebanyak RM308. Jumlah simpanan terkumpul adalah:
RM7,200+RM308=RM7,508.

Sila rujuk jadual di bawah untuk lebih penjelasan...

ASB Biasa

Monthly Schedule

start principalstart balancedividendtaxend balanceend principal
1$600.00$600.00$3.86$0.00$603.86$600.00
2$1,200.00$1,203.86$7.75$0.00$1,211.61$1,200.00
3$1,800.00$1,811.61$11.66$0.00$1,823.26$1,800.00
4$2,400.00$2,423.26$15.59$0.00$2,438.85$2,400.00
5$3,000.00$3,038.85$19.55$0.00$3,058.41$3,000.00
6$3,600.00$3,658.41$23.54$0.00$3,681.94$3,600.00
7$4,200.00$4,281.94$27.55$0.00$4,309.49$4,200.00
8$4,800.00$4,909.49$31.59$0.00$4,941.08$4,800.00
9$5,400.00$5,541.08$35.65$0.00$5,576.73$5,400.00
10$6,000.00$6,176.73$39.74$0.00$6,216.47$6,000.00
11$6,600.00$6,816.47$43.86$0.00$6,860.33$6,600.00
12$7,200.00$7,460.33$48.00$0.00$7,508.33$7,200.00
year 1 end

  Namun sekiranya anda menyimpan melalui ASB Loan, anda boleh memohon pembiayaan RM100,000 untuk tempoh 25 dengan bayaran bulanan RM598. Interest yang dikenakan oleh bank (Affin) adalah KA+1.01%. KA=Kadar Asas. Pada masa ini KPA adalah 3.99%. Maka interest bank adalah 3.99%+1.01%= 5%.

  Sebenarnya pembayaran RM584.59 ini adalah simpanan anda untuk memiliki RM100,000 tersebut pada tahun ke 25. 

  Nilai ASB anda kini adalah RM100,000 (Sijil ASB 100,000) dan dividen yang anda perolehi lebih besar = RM8,000. Dividen ASB loan lebih besar berbanding jumlah simpanan setahun ASB biasa+dividen (RM7,508).

  Selain itu anda juga akan menikmati perlindungan pelaburan (insuran) bernilai RM100,000 untuk perlindungan kematian dan hilang upaya kekal selama tempoh pembayaran. Ini bermakna sekiranya berlaku musibah ke atas anda, segala pembayaran anda akan menjadi percuma. Jumlah keseluruhan RM100,000 akan menjadi hak anda sekiranya lumpuh kekal. Sekiranya meninggal, anggaplah ianya sebagai harta untuk keluarga yang ditinggalkan. Kelebihan ini tidak akan anda nikmati sekiranya anda menyimpan sendiri.

ASB Loan

Monthly Schedule

start principalstart balancedividendtaxend balanceend principal
1$100,000.00$100,000.00$643.40$0.00$100,643.40$100,000.00
2$100,000.00$100,643.40$647.54$0.00$101,290.95$100,000.00
3$100,000.00$101,290.95$651.71$0.00$101,942.65$100,000.00
4$100,000.00$101,942.65$655.90$0.00$102,598.56$100,000.00
5$100,000.00$102,598.56$660.12$0.00$103,258.68$100,000.00
6$100,000.00$103,258.68$664.37$0.00$103,923.05$100,000.00
7$100,000.00$103,923.05$668.64$0.00$104,591.69$100,000.00
8$100,000.00$104,591.69$672.95$0.00$105,264.64$100,000.00
9$100,000.00$105,264.64$677.28$0.00$105,941.91$100,000.00
10$100,000.00$105,941.91$681.63$0.00$106,623.55$100,000.00
11$100,000.00$106,623.55$686.02$0.00$107,309.57$100,000.00
12$100,000.00$107,309.57$690.43$0.00$108,000.00$100,000.00
year 1 end

Jumlah dividen anda:
108,000-100,000= RM8,000
Dividen RM8,000 ini adalah hak anda 100%


  Satu perkara yang sering terlepas pandang oleh kebanyakan orang tentang kelebihan ASB Loan ini ialah 'Nilai Prinsipal' atau 'Amortization'.

  Nilai prinsipal adalah nilai baki pinjaman setelah ditolak jumlah pembayaran. Nilai prinsipal ini juga adalah hak milik anda 100%. 

  Untuk mengira jumlah pokok ASB Loan ini sila rujuk pada financial calculator di bawah...

Nilai Principal/Pokok tahunan sehingga tahun ke 25

ASB Loan

Annual Amortization Schedule

Beginning BalanceInterestPrincipalEnding Balance
1$100,000.00$5,152.72$2,002.88$97,997.09
2$97,997.09$5,046.02$2,109.58$95,887.52
3$95,887.52$4,933.69$2,221.91$93,665.59
4$93,665.59$4,815.35$2,340.25$91,325.33
5$91,325.33$4,690.69$2,464.91$88,860.43
6$88,860.43$4,559.46$2,596.14$86,264.26
7$86,264.26$4,421.17$2,734.43$83,529.82
8$83,529.82$4,275.54$2,880.06$80,649.76
9$80,649.76$4,122.18$3,033.42$77,616.30
10$77,616.30$3,960.61$3,194.99$74,421.30
11$74,421.30$3,790.47$3,365.13$71,056.14
12$71,056.14$3,611.25$3,544.35$67,511.76
13$67,511.76$3,422.47$3,733.13$63,778.61
14$63,778.61$3,223.66$3,931.94$59,846.64
15$59,846.64$3,014.27$4,141.33$55,705.27
16$55,705.27$2,793.70$4,361.90$51,343.34
17$51,343.34$2,561.39$4,594.21$46,749.11
18$46,749.11$2,316.70$4,838.90$41,910.20
19$41,910.20$2,059.00$5,096.60$36,813.58
20$36,813.58$1,787.57$5,368.03$31,445.53
21$31,445.53$1,501.68$5,653.92$25,791.59
22$25,791.59$1,200.56$5,955.04$19,836.53
23$19,836.53$883.43$6,272.17$13,564.33
24$13,564.33$549.37$6,606.23$6,958.08
25$6,958.08$197.52$6,958.08$0.00

Nilai prinsipal adalah nilai pokok pinjaman anda.
Principal Tahun Pertama:
RM100,000-RM97,997.09 = RM2003

Perhatikan semula, daripada jumlah pembayaran setahun RM 7,176 tersebut, pembahagian adalah RM2,002.88 untuk anda dan RM5,152.72 adalah interest bank. Dalam situasi ini, kedua-dua pihak untung (win-win situation). Bank untung dari segi interest setelah meminjamkan modal RM100,000 kepada anda, dan untung anda berganda sebanyak 39% berbanding ASB Biasa 4% (dividen RM308).

Jumlah keuntungan:
RM8,000 (dividen) + RM2,003 (Prinsipal) = RM10,003.

% Keuntungan:
10,003-7,176 = 2,827
2,827/7,176 X 100 = 39% . 

Di sini jelas bahawa dengan menyimpan ASB menggunakan pembiayaan bank sangat menguntungkan berbanding menyimpan biasa.




Buat Loan ini lama sangat. Takkan nak tunggu sampai 25 tahun baru dapat duit RM100,000 tu??
Ini adalah persoalan yang sering timbul. Sebenarnya tempoh paling maksimum adalah satu kaedah untuk memaksimumkan pelaburan anda dengan komitment yang lebih rendah.

Manakah pilihan anda, komitment simpanan bulanan RM1,899 untuk tempoh 5 tahun atau RM600 dengan jumlah dividen yang sama, RM8,000?

Sebenarnya anda tidak semestinya menunggu sehingga 25 tahun. Anda boleh 'terminate' ASB loan pada bila-bila masa selepas tahun ke 2. Contohnya, sekiranya anda terminate ASB loan RM100,000 ini pada tahun ke 5, anda akan memperolehi sekitar RM58,000.

Cara pengiraannya:
Sila rujuk jadual di bawah...

ASB Loan

Annual Schedule

start principalstart balanceinteresttaxend balanceend principal
1$100,000.00$100,000.00$7,999.99$0.00$108,000.00$100,000.00
2$100,000.00$108,000.00$8,640.01$0.00$116,640.00$100,000.00
3$100,000.00$116,640.00$9,331.19$0.00$125,971.20$100,000.00
4$100,000.00$125,971.20$10,077.70$0.00$136,048.90$100,000.00
5$100,000.00$136,048.90$10,883.91$0.00$146,932.81$100,000.00


Jumlah dividen anda pada tahun ke 5 adalah RM46,932.81.

Nilai yang akan anda perolehi:
RM146,932.81-RM88,860.43(rujuk semula amortization schedule di atas) = RM58,072.38


Namun sekiranya anda menyimpan RM600 sendiri dalam ASB Biasa selama 5 tahun nilai ASB anda hanyalah... RM44,048.39

ASB Biasa

Annual Schedule

start principalstart balanceinteresttaxend balanceend principal
1$600.00$600.00$308.34$0.00$7,508.33$7,200.00
2$7,800.00$8,108.33$909.00$0.00$15,617.33$14,400.00
3$15,000.00$16,217.33$1,557.72$0.00$24,375.05$21,600.00
4$22,200.00$24,975.05$2,258.33$0.00$33,833.38$28,800.00
5$29,400.00$34,433.38$3,015.02$0.00$44,048.39$36,000.00

Perbezaan adalah RM58,072.81-RM44,048.39 = RM14,023.99 @ RM2,805 Setahun



Sebagai tambahan, sekiranya anda hendak memaksimumkan lagi pelaburan anda, selepas terminate loan pada tahun ke 5, anda boleh memohon semula ASB Loan bernilai RM200,000 dengan komitment hanya setahun menggunakan RM14,000 tersebut untuk membiayai ASB Loan dan hanya gunakan dividen setiap tahun untuk pembayaran sehingga tempoh matang.

Ini bermakna pada tahun ke 6 aset pelaburan anda bernilai:
  RM200,000 Sijil ASB
+RM200,000 Insuran Pelaburan
+RM  44,000 Cash/Tunai
=RM444,000

Tahniah kerana melabur secara BIJAK!!

Kelebihan Pembiayaan ASB Affin Bank
1.   Simpanan dan pelaburan menjadi mudah melalui potongan autodebit bank.
2.  Kemudahan di lebih 100 cawangan bank di seluruh negara.
3.   Pulangan dividen yang lebih tinggi
4. Pelaburan dilindungi takaful/Insuran 100%. Pinjaman menjadi PERCUMA sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal terhadap peminjam


Kesimpulan:
Tidak kira berapa gaji dan pendapatan anda, anda perlu menyimpan 10%-20% sebagai simpanan tetap dan pilihlah kaedah simpanan dan pelaburan yang dapat memberi pulangan paling maksimum untuk nilai wang anda. Jangan berlengah lagi...

Mulakan perancangan simpanan anda SEKARANG!!



Sebarang pertanyaan atau ingin memohon kemudahan Pembiayaan ASB Loan ini, sila hubungi:

En Rashdan
ASB Consultant
Affin Bank
010-7798051  Call/SMS/WhatsApp

Email: rashdand@gmail.com

Post a Comment

0 Comments